Contoh makanan yang dijual di Warung Pok Nong, salah satu kedai makan yang dikenali penduduk setempat. (Sumber gambar : https://www.rambleandwander.com/2014/02/malaysia-things-to-do-see-in-kuala-terengganu.html)
Satu lagi contoh makanan tradisional, keropok lekor yang mudah didapati di merata-rata tempat di Kuala Terengganu! Dari tepian jalan hingga ke kafe IPG, anda akan dapat melihat kudapan ini dijual dengan harga yang berpatutan. Sumber gambar : http://www.friedchillies.com/articles/detail/beginners-guide-to-eating-well-on-the-teregganu-coast)
Satu lagi perkara yang saya suka (sangat-sangat suka) tentang Kuala Terengganu dan makanannya ialah betapa mudahnya untuk kita mendapatkan makanan, sehingga kita tidak perlu melangkah keluar dari kawasan IPG! Penduduk di sini sangat ramai yang menawarkan khidmat COD (Cash-on-delivery atau penghantaran makanan), malahan ada yang menghantar makanan itu ke asrama kediaman pelajar, atau ke rumah pemanggil. Dengan hanya menelefon atau menghantar mesej kepada penjual makanan melalui aplikasi Whatsapp, (kepada mereka yang hanya menawarkan khidmat COD sahaja!) penjual-penjual makanan ini akan menghantar makanan ke pintu anda tanpa perlu anda membazirkan tenaga dan masa anda.
Selain itu, di Kuala Terengganu terdapat banyak pasar malam. Pasar malam di sini diadakan setiap hari, di pelbagai tempat. Makanan yang dijual di pasar-pasar malam di sini juga berpatutan dan sedap. Jika anda sedang mengalami kesempitan wang, bolehlah pergi ke mana-mana pasar malam dan membeli makanan yang mengenyangkan dan murah untuk anda.
Banyak lagi tempat makan menarik yang tak saya jelajahi di Terengganu. Dalam masa 5 tahun ini, saya pasti akan berusaha mencari tempat-tempat makan menarik di Kuala Terengganu!
No comments:
Post a Comment