Penulisan Refleksi bagi Kursus GKK1043 (Kesihatan Diri dan Kecergasan) Kesan Senaman Terhadap Fisiologi Badan Manusia
Menurut Buku Panduan Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan SEGAK yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ujian Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah suatu bateri
ujian standard bateri ujian standard kecergasan fizikal atau kemampuan pelajar
melaksanakan aktiviti sama ada senaman atau aktiviti seharian serta memastikan
keefisyenan sistem badan serta mengukur tahap kecergasan fizikal murid
berdasarkan kesihatan. Melalui pelaksanaan ujian ini, tahap kecergasan fizikal
seseorang pelajar itu dapat dipastikan, melalui pengumpulan ke atas maklumat hasil
pelaksanaan ujian SEGAK yang dilaksanakan mengikut prosedur yang betul. Menurut
buku panduan tersebut juga, Ujian SEGAK yang dilaksanakan secara sistematik ini
wajib dijalankan sebanyak dua kali setahun mengikut syarat yang telah
ditetapkan oleh garis panduan yang dirancang BPK KPM, iaitu pelaksanaan ujian
kali pertama atau pre-test, dan
pelaksanaan ujian kali kedua atau post-test. Para pelajar daripada unit Tesl 1 PPISMP
Ambilan Jun 2019 telah melaksanakan ujian pre-test
SEGAK pada 11 Julai 2019, dan ujian post-test
bagi unit ini pula telah dilaksanakan pada 11 September 2019. Di dalam
ujian SEGAK, terdapat lima instrumen/komponen yang perlu dilaksanakan para
pelajar untuk mendapatkan data yang diperlukan demi menilai kecergasan fizikal
diri melalui pengujian ini iaitu ringkuk tubi separa, tekan tubi, jangkauan
melunjur, naik turun bangku dan pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI).
Ketika ujian pre-test diadakan, catatan BMI saya ialah 24.3, dengan berat badan sebanyak 57.6
kilogram pada ketinggian 153 cm. Ukuran BMI ini membuktikan saya mempunyai
komposisi badan normal bagi individu dengan ketinggian tersebut. (heartfoundation.org).
Namun begitu, setelah ujian post-test
dilaksanakan, saya mendapati bahawa ukuran BMI saya meningkat sehingga mencapai
25.2. Melalui pengiraan yang saya lakukan menggunakan perisian pengiraan di
laman web heartfoundation.org, ukuran BMI ini membuktikan saya telah mempunyai
komposisi badan yang tidak normal, dan saya didapati berlebihan berat badan.
Hal ini demikian kerana, berat badan saya telah meningkat kepada 59 kilogram,
walaupun ketinggian saya mengalami peningkatan sebanyak 0.5 sentimeter. Hal ini
demikian kerana, walaupun saya cuba menyeimbangkan diet pemakanan saya mengikut
tetapan Piramid Makanan, saya masih lagi mengkonsumsi banyak makanan berlemak
dan bergula. Saya juga tidak mengamalkan diet pemakanan yang begitu seimbang,
serta tidak mengamalkan regime senaman yang sistematik dan efisyen serta sesuai
dengan badan saya, menyebabkan berat badan saya tidak mengalami penurunan,
malahan mengalami peningkatan.
Namun begitu,
untuk ujian naik turun bangku pula,
saya menyaksikan peningkatan daripada pre-test.
Pada pre-test, kadar denyutan
nadi saya ialah 112 denyutan dalam seminit, manakala pada pelaksanaan post-test, kadar denyutan nadi saya
menurun kepada 93 denyutan dalam seminit. Melalui penurunan kadar denyutan nadi
ini, dapatlah dirumuskan bahawa kadar metabolisma saya meningkat, stamina saya
meningkat dan saya dapat bernafas dengan lebih baik. Menurut buku panduan SEGAK
KPM, ujian naik turun bangku dilaksanakan dengan tujuan menguji daya tahan
kardiovaskular saya, dan ini membuktikan bahawa keupayaan sistem respirasi saya
untuk membekalkan oksigen kepada tubuh ketika melaksanakan aktiviti fizikal
bertambah baik.
Ujian tekan tubi pre-test saya menyaksikan saya berjaya melakukan sebanyak 33 kali,
namun ketika saya melaksanakan tekan tubi ketika ujian post-test, saya hanya mampu melakukan tekan tubi sebanyak 29 kali.
Tujuan ujian tekan tubi dilaksanakan adalah untuk mengukur daya tahan otot dan
bahu. Melalui pengujian ini, saya terbukti mengalami pengurangan dari segi daya
tahan otot dan bahu saya, dan hal ini membuktikan kekuatan otot biceps dan
triceps saya semakin lemah. Hal ini demikian kerana saya kurang melaksanakan
latihan untuk meningkatkan daya tahan otot saya, justeru menyebabkan ia
mengalami pengurangan.
Pada ujian pre-test, saya telah mendapat keputusan
ujian jangkauan melunjur sehingga
36.5 cm. Pada ujian post-test pula,
saya telah mencapai keputusan 42.5 cm. Data ini menyaksikan peningkatan dari
segi fleksibiliti saya. Saya mendapati hal ini berlaku kerana saya kerap
mengamalkan senaman yang meningkatkan fleksibiliti seperti regangan dan
senamrobik.
Bagi ujian ringkuk tubi separa, saya menyaksikan berlakunya
peningkatan daripada 14 (pre-test)
kepada 16 (post-test). Ujian ini
dilaksanakan untuk menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen. Hal ini mampu
dilaksanakan kerana saya ada melakukan senaman yang membantu menguatkan otot
abdominal saya. Namun begitu, kerana saya tidak melakukannya secara konsisten
dan secara sporadikal (tidak dirancang) serta hanya melakukannya sekali-sekala,
saya hanya menyaksikan sedikit peningkatan dari aspek ini.
Setelah selesai
ujian SEGAK, kami melaksanakan satu lagi ujian lain iaitu Bleep Test. Fungsi ujian
ini adalah untuk memerhati peningkatan dari segi data tahan kardiovaskular
serta pengambilan oksigen maksimum (maximum
oxygen uptake) oleh seseorang individu (beepfitness.com). Ketika pre-test, saya hanya mencapai tahap (level) 2.8. di dalam ujian tersebut.
Namun, ketika ujian post-test, saya
mencapai tahap 3.3 bagi pelaksanaan Bleep
Test bagi waktu ini. Hal ini berlaku kerana saya semakin kerap melaksanakan
aktiviti berjoging dan mendaki bukit ketika saya mempunyai waktu lapang di
hujung minggu. Namun begitu, kerana saya sememangnya tidak aktif secara fizikal
di sekolah menengah, dan hanya mula melaksanakan dua aktiviti secara kerap
bermulanya tahun ini, hal ini tidak mendatangkan impak yang besar kepada saya,
walaupun ada peningkatan bagi diri saya dari aspek ini.
Rumusan
Adalah wajar dikatakan bahawa
kecergasan fizikal saya tidak konsisten dari semua aspek. Saya mungkin
mengalami peningkatan dari aspek A, misalnya, tetapi saya mengalami penurunan
pada aspek B. Hal ini demikian kerana saya tidak mengawal diet pemakanan dan
tidak menetapkan sistem senaman yang efisyen bagi diri saya.
No comments:
Post a Comment