IPG
Alia
July 22, 2019
0 Comments
Pintu masuk IPG Kampus Dato Razali Ismail. (Sumber Gambar : https://university.tuitionjob.com/UniversityDetail/InstitutPendidikanGuruKampusDatoRazaliIsmail)
Hari Pendaftaran. (17 Jun 2019)
Saya tiba di IPG Kampus Dato' Razali pada waktu yang agak awal, tetapi tidak terlalu awal - lebih kurang pukul 8 pagi. Ketika saya sampai di hadapan Dewan Al-Farabi, ramai orang telah mula mendaftar di kaunter pendaftaran disediakan. Saya sangat gementar ketika itu, dengan pelbagai perkara bermain di fikiran saya;
(Macam mana nak berkawan dengan mereka?)
(Apa patut saya buat?)
Tetapi saya memberanikan diri saya. Saya membawa semua fail dan borang bersama saya, dan pergi ke kaunter kelas saya. Pada mulanya, kami harus menandatangani suatu senarai nama di kaunter hadapan, dan dari situ saya mengetahui saya ditempatkan di kelas TESL1.
Saat-saat yang memeningkan kepala ketika pendaftaran bukanlah ketika kami harus mengisi borang dan menyusun fail, tetapi ketikan kami harus membayar yuran. Kami perlu beratur panjang hanya untuk menyelesaikan urusan pembayaran. Tetapi ketika itu, saya tidak berfikir panjang dan mengganggap hanya hari ini yang akan mendatangkan kesusahan kepada saya.
Saya silap.
Saya silap.
Minggu Orientasi (17 Jun - 20 Jun 2019)
Saya ingatkan minggu orientasi di IPTA akan menjadi suatu minggu tanpa kerisauan. Rupanya minggu orientasi di IPG KDRI adalah sesuatu yang menakutkan.
Kami harus cepat dalam semuanya - dari makan ke tidur ke mandi.... minggu ini adalah satu minggu yang sangat, sangat kacau bilau. Saya masih ingat saat saya tidak cukup tidur, terpaksa madi pada pukul 1 pagi dan tidur memakai pakaian seragam sekolah. Walaupun saya adalah bekas pelajar sekolah berasrama, tiada apa yang dapat memastikan saya bersedia untuk apa yang bakal mendatang pada minggu tersebut.

Walau bagaimanapun, pengakhiran minggu itu adalah sangat bermakna. (Saya menangis ketika mereka menyanyikan lagu untuk kami. Senior-senior IPGKDRI semuanya sangat pandai berlakon.) Saya mengetahui bahawa IPG adalah tempat yang terbaik untuk saya kini, kerana semua orang sangat mesra dan suka membantu.
P/S: Jika anda ingin tahu pengalaman penuh kami ketika minggu orientasi, anda harus bertanya untuknya! (Saya tidak akan memberitahu anda~)
Alia